Assalamualaikum
sahabat-sahabat shera disini...macam mana keadaan anda semua sekarang?makin
baik ke??cukup ke x puasa kali ini??tanya iman anda...baiklah entry kali ini
shera rasa nak buat cerpen jap...nak ubah minat jap...terimalah cerpen ini
bertajuk "Nota Ramadan"
Sudah
hampir dua bulan Ramadan meninggal kanku,ini bermakna sudah sebulan keluarga ku
meninggalkanku buat selama-lamanya...tetapi aku masih lagi mengharapkan
sekiranya aku ada mesin pengubah masa,aku ingin sekali kembali semula pada Ramadan
yang lalu. terlalu banyak kenangan yang aku dapat...masih terngiang-ngiang lagi
suara ibu yang sering menasihati aku...alangkah indahnya kalau pada waktu itu
aku mendengar nasihat ibu...pasti mereka tidak terkilan dengan sikapku...
IBU!!!napa
tak siapkan sarapan nie???abang dah lewat nie...lapar lah...ibu nie dari
semalam lagi asyik duk menjahit je...ibu tak penat ke???tanyaku...
"abang
nie kenapa???dahlah bangun lambat..matahari kat atas kepala baru reti nak
bangun...dengan subuhnya kemana...eh abang tak puasa ke??harini kita dh mula
puasa...abang tahu x???"sampuk adikku sarah...
"woi
sarah,ko tak kan tak tahu selama aku hidup nie mane penah aku puasa,cuba ko
tanye ibu tue,aku kan ade masalah gastrik so tak de masa aku nak puasa, tak pelah
ibu...abang pegi dulu...rasa panas je duk dalam rumah nie"
Ibu hanya
memandang dengan penuh rasa sesal....aku terus tinggalkan ibu dan Sarah, lalu
terus ke tempat kerja dengan selamba aku cakap kat ibu..
"ibu
tak yahlah penat2 menjahit,upah tue bukan berapa sangat pun,nak beraya sakan
nanti bukan ibu mampu pun...bye"
aku masih
ingat lagi pesan arwah ayah dulu,suruh jaga ibu dan Sarah baik-baik sebab
diorang saja yang aku ada..tapi apakan daya aku tak dapat nak kabulkan
permintaan ayah..sebab kan kecuaian ibu lah ayah meninggal,kalaulah ibu letak
betul-betul botol cuka getah dengan botol air masak mesti ayah tak tersalah
minum...ini semua salah ibu....aku benci ibu...lantak kau lah ibu...aku tak kan
pernah nak bercakap lembut dengan kau lagi...
Setiap
kali aku pulang ke rumah, ibu pasti tanya itu ini. Kadang-kadang rasa terlalu
bosan bila ditanya benda yang sama je. Sampai lah pada suatu hari pada ramadan
yang ke 15..tiba-tiba ibu masuk ke dalam bilik ku..
"abang,
ibu hanya ada abang sorang je yang dapat menjaga ibu dan Sarah..ibu nak sangat
sebelum ibu tutup mata nie,ibu harap sangat abang yang baik,taat orang tua,selalu
bermanja dengan ibu dan Sarah kembali semula ke pangkuan ibu...sekarang dah
macam-macam cerita yang tak sedap didengar ibu dapat dari orang kampung...abang
dah tak ingat ke pesan arwah ayah dulu?" tegur ibu...
"amboi2
orang tua nie nak nasihat kan aku pulak, ibu jangan nak dengar sangatlah kat
orang kampong tue semua, diorang tue sama je macam ibu, dah tahu hidup susah nak
jaga tepi kain orang pulak..ibu jangan ingat abang tak tahu yang ibu selalu
keluar dengan Pak Cik Leman pergi bandar nak cari barang jahit kan..entah-entah
pergi masuk hotel mana tah...jangan nak lagak baik sangat lah ibu”jawabku...
PANGGG!!!!
tangan ibu menampar pipiku...
“ape nie
ibu??selama aku hidup kat dunia nie aku tak penah lagi kena tampar dengan
ayah..ko nie kenapa???salah ke apa yang aku cakap???aku jadi liar nie pun
disebabkan kau...kalau ibu nak tahu..aku dah banyak rosakkan anak gadis
orang...Liana yang ibu fikir baik tue, dah lama kena rosak dengan aku...dan ko
tak payahlah nak datang dengan harapan nak nasihatkan aku...lagipun aku dah
benci ko...ayah meninggal pun disebabkan ko!!dah keluar ibu dari sini..menyemak
je"
MasyaAllah,
abang!!apa salah ibu dekat abang??kenapa sampai macam tu sekali abang tuduh
ibu??abang tak nampak ke selama ayah pergi,ibu lah yang dah bertungkus lumus
untuk sara kita bertiga??syaitan mana yang dah rasuk abang nie???mana abang
yang Sarah kenal dulu nie???”balas Sarah dengan muka yang menahan marah.
“eh3..sedapnya
mulut kau, ayah meninggal pun masa kau umur 13 tahun, mana kau nampak semua
tue, aku nie yang nak pergi tolong ayah menoreh getah ternampak yang ibu
sengaja letakkan botol cuka getah dekat tempat air masak..ko jangan nak
bangkang aku sangat lah nanti ada yang kena rasa sepak aku nie..dah...baik ko
bawak orang tua ini keluar dari bilik aku...aku rasa muak tengok muka dia !!”
ibu berlalu
pergi dengan matanya berkaca...
"Sarah,
masih tiada harapan lagi ke untuk ibu berbaik dengan abangmu??"Tanya ibu
sambil menangis dibahu Sarah...
“ Entahlah
ibu, Sarah rasa sedih sangat dengan sikap abang sekarang, sikap dia makin
menjadi-jadi, ayah dah hampir 10 tahun tinggalkan kita,tapi dia masih tak
terima..tak apalah ibu,kita hanya dapat berdoa sahaja supaya Ramadan kali ini abang
dapat berubah.” pujuk Sarah
Yusuf
tiba-tiba muncul dengan peluh yang menitik..
“IMRAN!!!!ko
gi mane hah???ibu dan adik kau kemalangan kat depan simpang jalan tadi...penat
aku cari ko dari semalam lagi"
"hah???ko
biar betul...pagi semalam elok je aku sembang dengan orang tua tue...takkan
sekarang dah kemalangan kot???tak logik lah..dah lah...aku malas nak
layan...kalau orang tua tue mati sekali pun apa aku peduli...aku lagi
suka...hahaha" jawabku kepada yusuf...
"ko
nie anak jenis ape hah??ibu dan Sarah tengah perlukan ko sekarang...diorang
perlukan darah...aku tak fahamlah dengan ko...disebabkan dendam ko kat makcik
sampai sekarang ko tak penah layan die dengan baik kan...ko ingat aku tak tahu
ke ape ko dah buat kat ibu ko tue??die terseksa ko tahu tak??dah2 ko jangan nak
banyak songeh dengan aku...jom ikut aku sebelum ko menyesal nanti” balas
Yusuf...
“eh
cop..ko jangan nak naikkan darah aku, aku ade banyak hal lagi nak selesai
kan...nanti dia dah mati baru ko cari aku, masa tu nanti ko jangan risau aku
sanggup keluar rumah cari kain kafan untuk dia...dah2 ko blah
sekarang!!!”bentakku.
Yusuf pun
berlalu pergi dengan perasaan marah, “aku harap ko tak menyesal dengan apa yang
ko cakap nie.aku menyesal dapat kawan macam ko”
Pada
malam hari, hatiku tiba-tiba terpanggil untuk masuk ke bilik ibu untuk mencari
grand tanah, “manalah tahu,kot-kot nanti ibu mati tak payah aku susah-susah nak
geledah lagi cari grand tanah arwah ayah bagi kat ibu..”bisik hatiku..Tiba-tiba
aku terjumpa sebuah buku lusuh yang hanya tinggal untuk dibuang sahaja..lalu
aku membukanya dengan perasaan yang penuh tanda tanya...
Buat
suamiku tercinta yang kini jauh dimata Mohd Lazim Bin Haji Ihsan
Pada
29/9/1983 yang lalu, kita berdua gembira sangat kerana dikurniakan anak sulung
lelaki yang comel orangnya..Ina dapat lihat kebahagiaan dari kaca mata
abang,walaupun kita diuji dengan banyak dugaan sepanjang perkahwinan kita
ini..apabila anak ini dilahirkan Ina dapat rasakan segala susah payah kita
selama ini berbaloi sekali.. selepas lima tahun kita membesarkan Imran, kita
dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan pula kali ni yang diberi nama
Sarah..Alhamdulillah kita ada sepasang anak...Ina terlalu bahagia kerana
kedua-dua anak kita terlalu hormatkan kita..tapi selepas tragedi 21/5/2001..abang
telah meninggalkan Ina dan anak-anak buat selama-lamanya..maafkan Ina
disebabkan kecuaian Ina lah abang terpaksa menderita..Ina benar-benar tidak
sengaja, pada masa tu Ina sibuk mengosok baju Imran untuk temuduga dia esok
harinya...sampaikan Ina tersalah letak cuka getah dan air masak...Ina
betul-betul minta maaf abang...sekarang sudah hampir 10 tahun abang
meninggalkan kami bertiga, hubungan Ina dan Imran tak macam dulu lagi...Imran
selalu keluar malam, bila balik je rumah die selalu marah-marah, tengking
Ina...tapi Ina sayangkan Imran...Ina sentiasa berdoa supaya Imran berubah...dia
terlalu rindukan abang...mungkin sebab itulah dia marahkan Ina bagi dia Ina lah
penyebab abang meninggal...maafkan Ina sebab tak dapat menjadi seorang ibu yang
baik untuk Imran dan Sarah selepas ketiadaan abang...
Buat
anakandaku Amirul Imran Ashraf Bin Mohd Lazim
masih
belum ada ruang kah dihati anakanda untuk maaf kan ibu?ibu tahu anakanda tidak
mungkin dapat maafkan ibu disebabkan ibu lah ayahmu meninggal dunia...ibu tak
sengaja...itu semua berlaku dengan pantas sekali...ibu tahu dengan keadaan ibu
sekarang...ibu tak dapat nak memenuhi hajat anakanda...tapi ibu ada hadiah yang
ibu ingin berikan padamu wahai anakanda ku sayang...tapi ibu tidak tahu
bagaimana ingin berikannya padamu...ibu letakkan hadiah tersebut dalam almari
ibu...itu hadiah terakhir dari ayahmu yang ibu simpan untuk diberikan padamu...
dan satu hal lagi, ibu terlalu menyayangimu, walau apapun yang kamu
lakukan...ibu terlalu menyayangimu...ibu sayang kamu sangat-sangat Imran anakku
sayang....
nukilan buat dua jejaka dalam hidupku....
Tanpaku
duga, air mataku jatuh...aku terus meluru ke almari ibu..Lalu aku terlihat
sepasang baju melayu berwarna hijau siap digosok rapi dan diletakkan butang
sekali..aku tidak tahu langsung kewujudan baju tersebut...aku juga tidak tahu
sudah berapa lama ibu menyiapkan baju melayu tersebut...lalu kuambil baju
tersebut, dan aku teringatkan sesuatu...
“Imran
anakku, kain ini ayah akan berikannya kepada ibumu, setelah kamu dewasa kelak
kamu ambillah ia untuk dijadikan baju melayu...sekiranya sekarang kamu jadikan
ia baju melayu...kamu pasti tidak akan dapat kesan kasih sayang ibu dan ayah
sebab kamu masih kecil lagi” ...aku terkenang kembali ayat ayah ini ketika
umurku baru 10 tahun...jadi ini lah maksud tersirat ayah diwaktu dulu...ayah
seolah-olah tahu apa yang akan berlaku dikemudian hari...tanpa melengahkan masa
lagi...aku terus mengambil kunci keretaku untuk ke Hospital Besar Melaka untuk
melawat ibuku dan Sarah...setelah sampai disana..aku terkejut apabila jururawat
tersebut mengatakan bahawa Ibu dan Sarah telah meninggal dunia semalam kerana
tidak dapat bantuan darah yang secukupnya...mereka kehilangan terlalu banyak
darah ketika kemalangan semalam dan bekalan darah di hospital tidak
mencukupi...kini baru aku tahu yang aku telah kehilangan orang yang paling
berharga buatku,IBU, SARAH, maafkan abang kerana tidak menjadi seorang anak dan
abang yang terbaik untuk kamu...abang menyesala atas apa yang sudah
terjadi...tangisku semakin lantang tanpa menghiraukan orang disekeliling...
Usai
pengebumian ibu dan Sarah, aku masih di kubur sambil menangis dan mengenangkan
segala dosa yang sudah aku lakukan kepada dua insan yang tidak pernah aku
hargai selepas ayahku meninggalkan kami...aku cukup terkilan...
“sabarlah
Imran, ini mungkin dugaan buatmu dan ini mungkin peringatan Allah untuk
hambanya...aku sebagai kawan sentiasa ada untuk ko.”Yusuf berkata.
“terima
kasih cop, aku menyesal tak dengar nasihat ko semalam..kalaulah aku dating
semalam, aku pasti dapat membantu mereka berdua..aku anak yang derhaka, aku
abang yang tak berguna...aku berdosa...aku tak sempat minta ampun dari ibu..”
rintihku
“janganlah
ko cakap macam tu, sebelum ibumu menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam,
dia ada bagitahu aku yang dia sudah maafkan segala dosa-dosa ko,die sayangkan
ko Imran,dia Cuma harap ko dapat maafkan dia dan sekiranaya dia tidak dapat
tengok lagi muka ko, dia minta supaya ko dapat jaga diri elok-elok dan selalu
mendoakan dia” tambah Yusuf...
Tiada
lagi kata-kata yang bisa aku luahkan, ibu terlalu baik buatku,terlalu banyak
dosaku padanya tapi dia tetap menyayangiku...
Kini aku
lebih mengenali apa itu erti kasih sayang,setiap hari jumaat aku akan pakai
baju melayu yang ibu jahitkan untukku...kalau dulu masaku lebih banyak
melakukan maksiat...kini aku semakin menjinakkan diriku untuk kearah kebaikan
berkat bantuan sahabatku Yusuf...aku lebih banyak menghabiskan masaku di masjid
selepas waktu kerjaku...aku juga mula mengikuti program dakwah yang sering
dianjurkan di masjid...kerana bagiku hanya dengan cara ini sahaja aku dapat
menebus segala kesalahan ku kepada ayah,ibu dan adikku Sarah...semoga roh
mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman...