Friday 23 December 2011

perubatan islam bhg 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Alhamdulillah...hari ni shera kembali untuk sambung ilmu yang shera dapat mengenai perubatan islam yang shera dapat melalui program tanyalah ustaz yang disampaikan oleh ustaz sharhan shafie tempoh hari...bahagian kedua nie shera akan ceritakan cara dan juga surah yang boleh mnyembuhkan sakit migrain dan juga penyakit lupa...oklah tanpa buang masa lagi kat bawah ni shera sertakan cara dan surah-surahnya....





CARA MENGUBATI MIGRAIN DAN PENYAKIT LUPA
~
seperti biasa letaklah tangan kanan ke atas kepada dan bacalah surah Al-Waqiah ayat yang ke 19 bagi sakit migrain dan surah Isra' ayat yang 70 bagi penyakit lupa.
~ dibawah ni shera sertakan surah Al-Waqiah dan juga surah Isra'...mudah2an dapat membantu....

surah Al-Waqiah ayat 19 bagi sakit migrain :

Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk.







surah Isra' ayat 70 bagi penyakit lupa :


Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beli mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang lebih sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

 oklah sampai sini sahaja perubatan islam yang dapat shera kongsi dengan semua...sesungguhnya segala penyakit datang dari Allah...insyaAllah dengan izinNya mudah2an kita dapat mengubati penyakit yang dialami...sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan penyakit yang dialami...kita hanya mampu untuk berdoa dan juga bertawakal agar penyakit yang dialami dapat disembuhkan olehNya...



mudah2an ilmu yang kita dapat ini dapat dikongsi bersama.....selamat beramal

Wednesday 21 December 2011

perubatan islam bhg.1

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

sory dah lama menyepi...alhamdulillah hari ini rasa nak share something dengan kamu semua....actually last friday until sunday....shera ade buka tv kt tv9 untuk program tanyalah ustaz...dalam program tu tajuknya perubatan islam yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan Shafie yg memang terkenal dengan kepakaran beliau mengubati penyakit2 misteri ganguan jin & syaitan...jadi kat sini shera nak kongsi sikit ilmu yang shera terima and apa yang shera dah salin mengikut Ustaz Sharhan Shafie....tapi xbanyak sangat sebab shera cuma salin cara2 untuk berubat je...maaf ye...harap dengan ilmu yang sikit ini dapat memberi manfaat kepada kawan2 disini smua....

CARA UNTUK MENGUBATI APA-APA PENYAKIT :
~ kencing manis, sakit jantung,darah tinggi dll.....
~ letakkan tangan kanan atas dada sambil baca surah yunus ayat yang ke 57 dan juga lepas solat 7 kali
~ sekiranya penyakit itu dah kritikal bacalah surah tersebut dalam air sebanyak 21 kali. sebelum minum tu     sertakanlah dengan selawat syifa dan surah al-fatihah 
~~bawah ni shera sertakan surah yunus ayat 57..

 
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.          

pasti ada yang tertanya-tanya kenapa letak tangan kat dada kan...Ustaz Sharhan ada kata sebabnya segala penyakit yang datang bermula dari hati...jadi ia terlalu dekat dengan hati kita....
oklah sampai sini dulu ya...lepas ni shera update lagi tentang ilmu yang shera dapat dari Ustaz Sharhan....semoga ilmu ini dapat dikongsi....selamat beramal....