Tuesday 12 June 2012

Kisah Malaikat Harut dan Marut Part 2

Assalamualaikum....Alhamdulillah bertemu kita di part 2...selamat membaca....

kisah harut dan marut disebut dalam ayat 102 surah al-baqarah yang merupakan sebahagian dari kisah-kisah israiliyat yang boleh merosakkan aqidah umat Islam serta mengikis ketulenan agama Islam yang sebenar sehingga membuat seseorang itu ragu terhadap Islam. Ini juga suatu pencemaran kisah-kisah al-Quran juga dapat membuat seseorang itu mempunyai iqtiqad yang berlawan dengan al-Quran dan as-sunnah yang sahih termasuk antaranya kepercayaan harut dan marut sebagai malaikat yang diazab Allah...jadi sahabat-sahabat shera kat sini jangan mudah terpedaya.... Menurut Dr Muhammad bin Abu Syahbah 

أن من اعتقد في هاروت وماروت أنهما ملكان يعذبان على خطيئتهما : فهو كافر بالله.

Maksudnya : "sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang Maha Agung. "
 (al-Israiliyyat al-maudhuat fi kutub al-tafsir, Muhammad abu syahbah)      

baiklah sebagai pencerahan lagi, shera nak bawa sahabat2 melihat pandangan ulama/mufassir tentang ayat ini 

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan2 pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan2lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut,sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan : "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui"
(Al-Baqarah :102)

   
Jadi siapa Harut Marut ini???Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama. Dan perbezaan ini ada kaitan dengan penafsiran maksud kata "malakain" (dua malaikat)

PANDANGAN 1 : Harut dan Marut adalah dua nama kabilah jin yang mengajar sihir. Dengan demikian kata Harut dan Marut merupakan badal dari kata 'asy-syayathin' (syaitan2). Pendapat ini adalah dinisbahkan oleh Ibnu Kathir kepada pendapat Ibnu Hazm, cuma Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengatakan pendapat ini adalah yang sangat aneh dan asing.

Lalu jika Harut dan Marut merupakan badal dari kata 'asy-syayathin', lalu siapakah yang dimaksudkan dengan "malakain" dalam ayat tersebut??? Menurut pendapat ini, kata "malakain" dimaksudkan adalah Jibril dan Mikail. Hal ini mengingat orang-orang Yahudi mengatakan bahawa Allah telah menurunkan Jibril dan Mikail untuk mengajarkan sihir, lalu Allah menolak anggapan tersebut, denga mengatakan : "Sulaiman tidak kufur (tidak mengajarkan sihir), juga demikian dengan Jibril dan Mikail. Akan tetapi yang kufur itu adalah syaitan2, dimana merekalah yang mengajarkan sihir kepada manusia di daerah Babil, iaitu melalui Harut dan Marut".

Inilah gambaran Imam al-Qurthubi dalam al-Jami'li Ahkamil Qur'an-nya, ketika menggambarkan penafsiran pendapat pertama. Tetapi pendapat ini ditafsirkan oleh Ibnu Katsir adalah pendapat yang SANGAT ANEH DAN ASING (GHARIB JIDDAN)


PANDANGAN 2 : Harut dan Marut adalah manusia jahat yang mengajarkan sihir di daerah Babil, dan Babil adalah sebuah daerah di Iraq atau di Kufah. Pendapat ini diutarakan oleh Imam Ibnu Jarir at-Tobari dalam tafsirnya Jamiul Bayan di Ta'wil Al-Quran, ketika menjelaskan beberapa pendapat berkaitan maksud Harut dan Marut. Namun demikian, di akhir pemaparan Imam at-Tobari MELEMAHKAN pandangan ini.

Jika yang dimaksudkan dengan Harut dan Marut adalah manusia biasa, lalu siapa yang dimaksudkan dengan "malakain"???

Jadi, sebagaimana pendapat pertama, pendapat ini mengatakan bahawa "malakain" maksudnya Jibril dan Mikail. Ini untuk menolak anggapan orang Yahudi saat itu yang mengatakan bahawa Nabi Sulaiman bin Daud bukan seorang Nabi tetapi seorang tukang sihir, yang mana sihirnya itu diajarkan melalui Jiril dan Mikail. Allah kemudian membantah anggapan demikian dengan mengatakan bahawa Jibril dan Mikail tidak mengajarkan sihir sedikitpun, sehingga dengan demikian Nabi Sulaiman terbebas dari tuduhan tersebut. Kelebihan yang dimiliki Nabi Sulaiman, bukanlah hasil dari sihir akan tetapi mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi-Nya....

bersambung....

#semoga dapat meluangkan masa sikit lagi untuk membaca part 3 yang terakhir...selamat menuntut ilmu...









                                                                 

No comments:

Post a Comment