Tuesday 12 June 2012

Kisah Malaikat Harut dan Marut Part 1

Assalamualaikum sahabat-sahabat shera sekalian....Alhamdulillah kita berjumpa lagi di lain entry....Post shera kali ni agak lain dari sebelumnya, seperti sedia maklum post yang lepas tentang keseronokan...jadi lumrahlah kan lepas seronok2 kita kena isi jiwa dan hati kita dengan ilmu Allah supaya kita tidak hanyut dengan tipu dunia...

Beberapa hari yang lepas tertiba je tergerak hati ini untuk buka group majlis ilmu dalam fb...selalunya shera dah jarang buka mungkin inilah dinamakan gerak hati yang Allah berikan (alhamdulillah) ...jadi masa buka tue...shera ternampak ada hamba Allah ini tanyakan sesuatu "siapa dapat terangkan kisah sahih tentang harut dan marut"...terus terpegun dengan soalan tersebut...sebab shera xpernah terbaca tentang kisah tue,apatah lagi nama harut dan marut pun shera xtahu....baiklah setelah beberapa hari membuat kajian...tergerak hati shera untuk share ape yang shera dah dapat berdasarkan kajian yang dibuat...mungkin kisah Harut dan Marut panjang dan buat sahabat-sahabat disini malas nak membaca..tapi percayalah tidak rugi pun kalau kita baca...

Jadi part 1 ini shera akan menceritakan tentang malaikat harut dan marut ini menurut pelbagai pendapat yang banyak ditokok tambah oleh orang2 israel dalam kitab2 tafsir....kebanyakan blog atau pertanyaan yang shera bg kepada kawan-kawan...pasti 1st dorg akan cakap "bukan ke 2 malaikat ini yang diberi nafsu, syahwat,akal dan segalanya seperti manusia" , "bukan ke malaikat ini yang dihukum Allah" ,dan ada juga yang cakap lebih kurang macam nie "bukan ke 2 malaikat ini yang minum arak,berzina,dan membunuh" sebelum shera nak share 1 artikel dengan sahabat-sahabat di sini, artikel ini shera dapat banyak dari blog dan juga kajian dari beberapa sumber lain....

shera sertakan kat bawah ini kisah yang menunjukkan harut dan marut minum arak,berzina dan membunuh...

 Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun datang. Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi, apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakah engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku ke atas diriku". Jawab rakannya "Benar". Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu menolak dan pulang ke rumahnya. Keesokan harinya, wanita jelita itu datang lagi dan berkata "Baiklah! Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu membunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut dan menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT. Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya. Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan. Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak". Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara kebetulan, kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ, lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuh orang itu. Ada riwayat yang menyambung cerita itu mengatakan, dalam keadaan mabuk itu Harut dan Marut menyembah berhala yang ditunjukan wanita jelita tersebut. Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Kadang-kadang ada orang Islam yang tanpa segan silu minum arak di khalayak ramai malah mereka merasa bangga dengan perbuatan mereka. Begitulah kuatnya pengaruh arak sehinggakan Malaikat yang soleh dan dibeklakan syahwat dan kehendak seperti manusia juga akhirnya tumpas. Apakah manusia tidak mahu insaf dari meminum arak? Walaupun tahu arak itu memudaratkan, mengapa masih meminumnya? Wallah hu a'lam…. 

-artikel diatas shera rujuk dari web I LUV ISLAM.com

# kita berjumpa di part 2 tentang kisah sebenar dan kisah itu yang akan shera pegang dan mudah2an tidak goyang lagi....selamat berjumpa dan menuntut ilmu...

No comments:

Post a Comment