Friday 17 August 2012

Jangan Bersedih Duhai Hatiku


Assalamualaikum sahabat-sahabat shera disini…macam mana entry shera semalam??mesti banyak komen kan…kalau ada komen silalah kemukakan…shera sekarang baru nak berjinak-jinak untuk menulis cerpen dan puisi…puisi dah siap cuma belum tunjuk lagi…insyaAllah kalau tiada halangan shera letak kat blog nie..baiklah entry kali ini bukanlah shera nak bercerita tentang cerpen atau puisi tapi nak bercerita sikit tentang berkenaan dengan hati…so tajuk kali ini ialah Jangan Bersedih Duhai Hatiku *mcm tjuk buku*

Setiap manusia di muka bumi ini pasti pernah mengalami peristiwa sedih. Kesedihan boleh jadi dalam banyak peristiwa; kehilangan orang tersayang, ditipu, ditinggalkan kekasih dll. Kadang-kadang peristiwa tersebut membuatkan kita asyik tertanya-tanya, “kenapa asyik aku lepas tu aku dan aku lagi?” , “kenapalah dugaan ini tak pernah berhenti-henti datang?” , kenapa kenapa dan kenapa..Duhai sahabat-sahabat sekalian pernah tak anda terfikir kenapa ujian ini diberi oleh Allah kepada kita…pasti anda pernah dengar kata-kata ini, “janganlah engkau merungut, sesungguhnya ujian yang datang untuk mendekatkan dirimu dengan Allah, ujian juga datang kerana Allah menyayangimu” kata-kata ini sering sekali shera dapat dari sahabat. Dengan berkat kata-kata ini lah shera akan cuba terus kuat walaupun dugaan datang tak putus-putus. Jadi disini shera nak bagitahu janganlah sahabat-sahabat sedih kerana ujian ini datang ada sebabnya…

Jangan Bersedih Selagi Anda Beriman Dengan Allah SWT
Mengapa kita perlu bersedih??kita kan ada Maha Mendengar..Allah SWT yang sentiasa berada disamping kita. Kadang-kadang kita tersilap dan selalu mengeluh dengan mengatakan tiada siapa dapat mendengar rintihan hati kita. Tapi pernah tak kita terfikir bahawa Allah SWT sentiasa berada dekat dengan kita. Inilah silap kita bila ada masalah mesti dah tak ingat dunia. Bukan ke masalah itu datangnya dari Allah, jadi sepatutnya kepada Dia jua lah kita mohon dan mengadu.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“sesungguhnya Allah SWT itu bila menyukai suatu kaum, maka Dia akan menurunkan cubaan kepada mereka. Barangsiapa yang redha dengan ujian itu, maka keredhaan Allah SWT baginya, dan barangsiapa yang membenci, maka kebencian pula yang akan dia terima.”

(al-Hadith)






Jangan Bersedih Walaupun Ujian Tersebut Terlalu Berat untukmu
Wahai sahabat-sahabat shera disini, walau berat macam mana sekalipun dugaan buatmu janganlah mudah untuk merungut,janganlah mudah untuk menyalahkan kerana mungkin dugaan yang Allah SWT berikan ini ada sinarnya di masa akan datang. Kebanyakan manusia zaman ini mudah sangat berputus asa bila ujian datang dan tidak pernah memikirkan ganjaran yang kita bakal terima dikemudian hari. Cuma kita selalu berfikir untuk jangka masa yang pendek, sebab itulah kita tak pernah kuat untuk menghadapi jangka masa yang panjang

Sabda Rasulullah s.a.w :

“manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi kemudian orang yang hampir sedarjat dengan mereka, kemudian yang lebih rendah lagi dan seterusnya. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar keimanannya. Semakin kuat imannya, maka semakin ringan pula ujiannya. Seorang hamba tidak akan lepas dari ujian-ujian hingga Allah SWT membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa dosa.”

(al-Hadith)





Jadi buat sahabat-sahabat shera disini, bersabarlah sekiranya ujian datang kepadamu dan ingatlah masih ada lagi manusia diluar sana yang menerima dugaan yang lebih berat berbanding denganmu...Sabarlah Wahai Hati, Sabarlah Wahai Diri dan berkat kesabaranmu itulah akan meningkatkan dan mendekatkan dirimu dengan Allah SWT...

Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment