Wednesday 15 August 2012

Nota Ramadan..


Assalamualaikum sahabat-sahabat shera disini...macam mana keadaan anda semua sekarang?makin baik ke??cukup ke x puasa kali ini??tanya iman anda...baiklah entry kali ini shera rasa nak buat cerpen jap...nak ubah minat jap...terimalah cerpen ini bertajuk "Nota Ramadan"

Sudah hampir dua bulan Ramadan meninggal kanku,ini bermakna sudah sebulan keluarga ku meninggalkanku buat selama-lamanya...tetapi aku masih lagi mengharapkan sekiranya aku ada mesin pengubah masa,aku ingin sekali kembali semula pada Ramadan yang lalu. terlalu banyak kenangan yang aku dapat...masih terngiang-ngiang lagi suara ibu yang sering menasihati aku...alangkah indahnya kalau pada waktu itu aku mendengar nasihat ibu...pasti mereka tidak terkilan dengan sikapku...

IBU!!!napa tak siapkan sarapan nie???abang dah lewat nie...lapar lah...ibu nie dari semalam lagi asyik duk menjahit je...ibu tak penat ke???tanyaku...
"abang nie kenapa???dahlah bangun lambat..matahari kat atas kepala baru reti nak bangun...dengan subuhnya kemana...eh abang tak puasa ke??harini kita dh mula puasa...abang tahu x???"sampuk adikku sarah...
"woi sarah,ko tak kan tak tahu selama aku hidup nie mane penah aku puasa,cuba ko tanye ibu tue,aku kan ade masalah gastrik so tak de masa aku nak puasa, tak pelah ibu...abang pegi dulu...rasa panas je duk dalam rumah nie"
Ibu hanya memandang dengan penuh rasa sesal....aku terus tinggalkan ibu dan Sarah, lalu terus ke tempat kerja dengan selamba aku cakap kat ibu..
"ibu tak yahlah penat2 menjahit,upah tue bukan berapa sangat pun,nak beraya sakan nanti bukan ibu mampu pun...bye"

aku masih ingat lagi pesan arwah ayah dulu,suruh jaga ibu dan Sarah baik-baik sebab diorang saja yang aku ada..tapi apakan daya aku tak dapat nak kabulkan permintaan ayah..sebab kan kecuaian ibu lah ayah meninggal,kalaulah ibu letak betul-betul botol cuka getah dengan botol air masak mesti ayah tak tersalah minum...ini semua salah ibu....aku benci ibu...lantak kau lah ibu...aku tak kan pernah nak bercakap lembut dengan kau lagi...

Setiap kali aku pulang ke rumah, ibu pasti tanya itu ini. Kadang-kadang rasa terlalu bosan bila ditanya benda yang sama je. Sampai lah pada suatu hari pada ramadan yang ke 15..tiba-tiba ibu masuk ke dalam bilik ku..
"abang, ibu hanya ada abang sorang je yang dapat menjaga ibu dan Sarah..ibu nak sangat sebelum ibu tutup mata nie,ibu harap sangat abang yang baik,taat orang tua,selalu bermanja dengan ibu dan Sarah kembali semula ke pangkuan ibu...sekarang dah macam-macam cerita yang tak sedap didengar ibu dapat dari orang kampung...abang dah tak ingat ke pesan arwah ayah dulu?" tegur ibu...
"amboi2 orang tua nie nak nasihat kan aku pulak, ibu jangan nak dengar sangatlah kat orang kampong tue semua, diorang tue sama je macam ibu, dah tahu hidup susah nak jaga tepi kain orang pulak..ibu jangan ingat abang tak tahu yang ibu selalu keluar dengan Pak Cik Leman pergi bandar nak cari barang jahit kan..entah-entah pergi masuk hotel mana tah...jangan nak lagak baik sangat lah ibu”jawabku...
PANGGG!!!! tangan ibu menampar pipiku...




“ape nie ibu??selama aku hidup kat dunia nie aku tak penah lagi kena tampar dengan ayah..ko nie kenapa???salah ke apa yang aku cakap???aku jadi liar nie pun disebabkan kau...kalau ibu nak tahu..aku dah banyak rosakkan anak gadis orang...Liana yang ibu fikir baik tue, dah lama kena rosak dengan aku...dan ko tak payahlah nak datang dengan harapan nak nasihatkan aku...lagipun aku dah benci ko...ayah meninggal pun disebabkan ko!!dah keluar ibu dari sini..menyemak je"
MasyaAllah, abang!!apa salah ibu dekat abang??kenapa sampai macam tu sekali abang tuduh ibu??abang tak nampak ke selama ayah pergi,ibu lah yang dah bertungkus lumus untuk sara kita bertiga??syaitan mana yang dah rasuk abang nie???mana abang yang Sarah kenal dulu nie???”balas Sarah dengan muka yang menahan marah.
“eh3..sedapnya mulut kau, ayah meninggal pun masa kau umur 13 tahun, mana kau nampak semua tue, aku nie yang nak pergi tolong ayah menoreh getah ternampak yang ibu sengaja letakkan botol cuka getah dekat tempat air masak..ko jangan nak bangkang aku sangat lah nanti ada yang kena rasa sepak aku nie..dah...baik ko bawak orang tua ini keluar dari bilik aku...aku rasa muak tengok muka dia !!”
ibu berlalu pergi dengan matanya berkaca...
"Sarah, masih tiada harapan lagi ke untuk ibu berbaik dengan abangmu??"Tanya ibu sambil menangis dibahu Sarah...
“ Entahlah ibu, Sarah rasa sedih sangat dengan sikap abang sekarang, sikap dia makin menjadi-jadi, ayah dah hampir 10 tahun tinggalkan kita,tapi dia masih tak terima..tak apalah ibu,kita hanya dapat berdoa sahaja supaya Ramadan kali ini abang dapat berubah.” pujuk Sarah

Yusuf tiba-tiba muncul dengan peluh yang menitik..
“IMRAN!!!!ko gi mane hah???ibu dan adik kau kemalangan kat depan simpang jalan tadi...penat aku cari ko dari semalam lagi"
"hah???ko biar betul...pagi semalam elok je aku sembang dengan orang tua tue...takkan sekarang dah kemalangan kot???tak logik lah..dah lah...aku malas nak layan...kalau orang tua tue mati sekali pun apa aku peduli...aku lagi suka...hahaha" jawabku kepada yusuf...
"ko nie anak jenis ape hah??ibu dan Sarah tengah perlukan ko sekarang...diorang perlukan darah...aku tak fahamlah dengan ko...disebabkan dendam ko kat makcik sampai sekarang ko tak penah layan die dengan baik kan...ko ingat aku tak tahu ke ape ko dah buat kat ibu ko tue??die terseksa ko tahu tak??dah2 ko jangan nak banyak songeh dengan aku...jom ikut aku sebelum ko menyesal nanti” balas Yusuf...
“eh cop..ko jangan nak naikkan darah aku, aku ade banyak hal lagi nak selesai kan...nanti dia dah mati baru ko cari aku, masa tu nanti ko jangan risau aku sanggup keluar rumah cari kain kafan untuk dia...dah2 ko blah sekarang!!!”bentakku.
Yusuf pun berlalu pergi dengan perasaan marah, “aku harap ko tak menyesal dengan apa yang ko cakap nie.aku menyesal dapat kawan macam ko”

Pada malam hari, hatiku tiba-tiba terpanggil untuk masuk ke bilik ibu untuk mencari grand tanah, “manalah tahu,kot-kot nanti ibu mati tak payah aku susah-susah nak geledah lagi cari grand tanah arwah ayah bagi kat ibu..”bisik hatiku..Tiba-tiba aku terjumpa sebuah buku lusuh yang hanya tinggal untuk dibuang sahaja..lalu aku membukanya dengan perasaan yang penuh tanda tanya...






Buat suamiku tercinta yang kini jauh dimata Mohd Lazim Bin Haji Ihsan
Pada 29/9/1983 yang lalu, kita berdua gembira sangat kerana dikurniakan anak sulung lelaki yang comel orangnya..Ina dapat lihat kebahagiaan dari kaca mata abang,walaupun kita diuji dengan banyak dugaan sepanjang perkahwinan kita ini..apabila anak ini dilahirkan Ina dapat rasakan segala susah payah kita selama ini berbaloi sekali.. selepas lima tahun kita membesarkan Imran, kita dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan pula kali ni yang diberi nama Sarah..Alhamdulillah kita ada sepasang anak...Ina terlalu bahagia kerana kedua-dua anak kita terlalu hormatkan kita..tapi selepas tragedi 21/5/2001..abang telah meninggalkan Ina dan anak-anak buat selama-lamanya..maafkan Ina disebabkan kecuaian Ina lah abang terpaksa menderita..Ina benar-benar tidak sengaja, pada masa tu Ina sibuk mengosok baju Imran untuk temuduga dia esok harinya...sampaikan Ina tersalah letak cuka getah dan air masak...Ina betul-betul minta maaf abang...sekarang sudah hampir 10 tahun abang meninggalkan kami bertiga, hubungan Ina dan Imran tak macam dulu lagi...Imran selalu keluar malam, bila balik je rumah die selalu marah-marah, tengking Ina...tapi Ina sayangkan Imran...Ina sentiasa berdoa supaya Imran berubah...dia terlalu rindukan abang...mungkin sebab itulah dia marahkan Ina bagi dia Ina lah penyebab abang meninggal...maafkan Ina sebab tak dapat menjadi seorang ibu yang baik untuk Imran dan Sarah selepas ketiadaan abang...

Buat anakandaku Amirul Imran Ashraf Bin Mohd Lazim
masih belum ada ruang kah dihati anakanda untuk maaf kan ibu?ibu tahu anakanda tidak mungkin dapat maafkan ibu disebabkan ibu lah ayahmu meninggal dunia...ibu tak sengaja...itu semua berlaku dengan pantas sekali...ibu tahu dengan keadaan ibu sekarang...ibu tak dapat nak memenuhi hajat anakanda...tapi ibu ada hadiah yang ibu ingin berikan padamu wahai anakanda ku sayang...tapi ibu tidak tahu bagaimana ingin berikannya padamu...ibu letakkan hadiah tersebut dalam almari ibu...itu hadiah terakhir dari ayahmu yang ibu simpan untuk diberikan padamu... dan satu hal lagi, ibu terlalu menyayangimu, walau apapun yang kamu lakukan...ibu terlalu menyayangimu...ibu sayang kamu sangat-sangat Imran anakku sayang....

nukilan buat dua jejaka dalam hidupku....

Tanpaku duga, air mataku jatuh...aku terus meluru ke almari ibu..Lalu aku terlihat sepasang baju melayu berwarna hijau siap digosok rapi dan diletakkan butang sekali..aku tidak tahu langsung kewujudan baju tersebut...aku juga tidak tahu sudah berapa lama ibu menyiapkan baju melayu tersebut...lalu kuambil baju tersebut, dan aku teringatkan sesuatu...
“Imran anakku, kain ini ayah akan berikannya kepada ibumu, setelah kamu dewasa kelak kamu ambillah ia untuk dijadikan baju melayu...sekiranya sekarang kamu jadikan ia baju melayu...kamu pasti tidak akan dapat kesan kasih sayang ibu dan ayah sebab kamu masih kecil lagi” ...aku terkenang kembali ayat ayah ini ketika umurku baru 10 tahun...jadi ini lah maksud tersirat ayah diwaktu dulu...ayah seolah-olah tahu apa yang akan berlaku dikemudian hari...tanpa melengahkan masa lagi...aku terus mengambil kunci keretaku untuk ke Hospital Besar Melaka untuk melawat ibuku dan Sarah...setelah sampai disana..aku terkejut apabila jururawat tersebut mengatakan bahawa Ibu dan Sarah telah meninggal dunia semalam kerana tidak dapat bantuan darah yang secukupnya...mereka kehilangan terlalu banyak darah ketika kemalangan semalam dan bekalan darah di hospital tidak mencukupi...kini baru aku tahu yang aku telah kehilangan orang yang paling berharga buatku,IBU, SARAH, maafkan abang kerana tidak menjadi seorang anak dan abang yang terbaik untuk kamu...abang menyesala atas apa yang sudah terjadi...tangisku semakin lantang tanpa menghiraukan orang disekeliling...

Usai pengebumian ibu dan Sarah, aku masih di kubur sambil menangis dan mengenangkan segala dosa yang sudah aku lakukan kepada dua insan yang tidak pernah aku hargai selepas ayahku meninggalkan kami...aku cukup terkilan...
“sabarlah Imran, ini mungkin dugaan buatmu dan ini mungkin peringatan Allah untuk hambanya...aku sebagai kawan sentiasa ada untuk ko.”Yusuf berkata.
“terima kasih cop, aku menyesal tak dengar nasihat ko semalam..kalaulah aku dating semalam, aku pasti dapat membantu mereka berdua..aku anak yang derhaka, aku abang yang tak berguna...aku berdosa...aku tak sempat minta ampun dari ibu..” rintihku
“janganlah ko cakap macam tu, sebelum ibumu menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam, dia ada bagitahu aku yang dia sudah maafkan segala dosa-dosa ko,die sayangkan ko Imran,dia Cuma harap ko dapat maafkan dia dan sekiranaya dia tidak dapat tengok lagi muka ko, dia minta supaya ko dapat jaga diri elok-elok dan selalu mendoakan dia” tambah Yusuf...
Tiada lagi kata-kata yang bisa aku luahkan, ibu terlalu baik buatku,terlalu banyak dosaku padanya tapi dia tetap menyayangiku...

Kini aku lebih mengenali apa itu erti kasih sayang,setiap hari jumaat aku akan pakai baju melayu yang ibu jahitkan untukku...kalau dulu masaku lebih banyak melakukan maksiat...kini aku semakin menjinakkan diriku untuk kearah kebaikan berkat bantuan sahabatku Yusuf...aku lebih banyak menghabiskan masaku di masjid selepas waktu kerjaku...aku juga mula mengikuti program dakwah yang sering dianjurkan di masjid...kerana bagiku hanya dengan cara ini sahaja aku dapat menebus segala kesalahan ku kepada ayah,ibu dan adikku Sarah...semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

No comments:

Post a Comment