Tuesday 12 June 2012

Kisah Malaikat Harut dan Marut Part 3 (Final)

Assalamualaikum...alhamdulillah sampai part 3...selamat membaca...

PANDANGAN 3 : Harut dan Marut adalah orang soleh dan sangat baik yang tinggal di Babil. disebabkan kesolihan mereka, orang-orang memuliakan dan menganggapnya seperti malaikat. Dengan demikian, kata "malakain" dalam ayat merupakan bentuk isti'arah atau majaz dari dua orang manusia soleh yang bernama Harut dan Marut. Kata Harut dan Marut merupakan badal dari kata "malakain" hanya dalam pengertian majaz bukan pengertian sebenarnya sebagai malaikat.

Menurut pendapat ini, kedua orang itu Harut dan Marut menguasai/mengetahui ilmu sihir dan mereka meletakkan dasar-dasar ilmu sihir di negeri Babil, Iraq. Keduanya orang baik dan tidak kufur dengan sihirnya itu, hanya orang-orang setelahnya yang menggunakan ilmu sihir tersebut untuk hal-hal tidak baik sehingga mereka menjadi kufur. Demikian pemaparan Tohir bin Asyur dalam at-Tahrir wat Tanwir-nya, ketika menjelaskan ayat 102 dari surah al-Baqarah. Mengikut Ibnu Asyur dalam tafsirnya, Harut dan Marut adalah dua nama suku Kaldan. Sedangkan Harut merupakan nama Arab dari bahasa Khaldan, Ha-ru-ka, yang merupakan nama bulan sebagai simbol perempuan bagi suku Kaldan. Sedangkan Marut merupakan nama Arab dari kata Ma-ru-da-kh yang merupakan nama bintang bagi suku Kaldan, sebagai simbol laki-laki. baik Haruka atau Marudakh keduanya merupakan di antara bintang yang disucikan dan disembah oleh suku Kaldan.

Dan penyandaran kedua nama ini kepada nama bintang, adalah kerana keyakinan mereka bahawa setiap orang soleh ketika sudah meninggal dunia, ia akan naik ke langit dan berubah dalam bentuk bintang atau benda langit lainnya. Dengan demikian, Harut dan Marut adalah dua orang soleh yang namanya kemudian diabadikan sebagai nama bentang sembahan suku Kaldan.

Sebahagian ulama membaca  الْمَلَكَيْنِ   dengan "lam" kasrah iaitu "malikain"(membawa maksud 2 raja). Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya menyebut antara yang membaca kalimah ini secara melikain adalah Ibnu Abbas, Ibn Abza, ad-Dohhak dan al-Hasan al-Bashri dan yang dimaksudkan dengan dua raja ini adalah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Tetapi bacaan ini adalah bacaan yang syadzdzah (ganjil), dan dilemahkan oleh Ibnul Araby

PANDANGAN 4 : Harut dan Marut adalah malaikat yang diturunkan oleh Allah sebagai ujian dan cubaan bagi manusia ketika itu. Keduanya mengajarkan sihir, dengan maksud agar orang-orang dapat membezakan mana sihir dan mana mukjizat. Hal ini penting mengingat sihir di daerah Babil pada masa itu sudah menjadi budaya dan meresap, sehingga mereka tidak dapat lagi membezakan antara mukjizat dan sihir. Mereka menganggap para nabi yang diutus bukan sebagai nabi tetapi tukang sihir. Allah lalu menurunkan dua malaikat, Harut dan Marut sebagai ujian bagi manusia pada masa itu. Mereka yang beriman akan tetap kukuh dengan keimanannya, dan mereka yang tidak beriman akan terpedaya dengan sihir tersebut.

Pendapat ini mengatakan, bahawa kata Harut dan Marut merupakan badal dari kata "malakain" yang bererti dua malaikat dalam pengertian sebenarnya. Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengatakan, pendapat ini merupakan pendapat Jumhur ulama salaf,termasuk juga pendapat sebahagian besar mufassirin, baik yang dahulu maupun yang kemudian.

Lalu jika ditanyakan, kalau seandainya Harut dan Marut itu adalah malaikat, bagaimana mungkin dia mengajarkan sihir yang jelas-jelas sangat dilarang???

Imam al-Tobari menjawab pertanyaan ini dengan mengatakan : "Sesungguhnya Allah lah yang telah menurunkan kebaikan dan kejahatan semuanya. Dan Allah juga menjelaskan akibat dari semua itu kepada hamba-hamba-Nya. Allah kemudian mewahyukan kepada para utusan-Nya untuk mengajarkan kepada makhluk-Nya mana yang halal dan mana yang haram bagi mereka. Hal ini seperti zina, mencuri, dan seluruh perbuatan maksiat lainnya yang diperkenalkan kepada manusia serta melarang manusia melakukannya. Dan sihir juga termasuk salah satu dari makna dimaksudkan, yang disampaikan dan dilarang untuk menggunakannya". Imam at-Tobari kemudian menukil pendapat yang mengatakan "Mereka juga berpendapat : "Mengetahui ilmu sihir itu tidak berdosa, sebagaimana tidak berdosanya seseorang yang mengetahui cara membuat minuman keras, memahat patung. Letak dosa itu apabila seseorang mengamal dan memparktikannya". Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya menguatkan pendapat tersebut dengan mengatakan bahawa Harut dan Marut merupakan dua malaikat yang diturunkan menjelaskan bahaya sihir sebagai ujian dan fitnah bagi manusia. Menurut beliau, Allah sangat berhak untuk menguji hamba-Nya menurut kehendak-Nya, sebagaimana Dia telah menguji dengan Tolut. Kerana itu, kedua malaikat itu berkata : "kami adalah fitnah maksudnya ujian dari Allah, kami mengkhabarkan bahawa sihir itut adalah kufur. Jika kamu mengikuti nasihat kami, nescaya akan selamat, dan jika kamu tidak mengikuti kami, nescaya kamu celaka dan binasa". Imam al-Qurthubi juga mengatakan bahawa Harut dan Marut itu diturunkan untuk mengajarkan kepada manusia larangan melakukan sihir. Keduanya mengatakan : "Janganlah kamu melakukan ini, jangan melakukan itu", dan seterusnya.

Syeikh Tontowi, rahimahullah, Syaikhul Azhar sebelumnya, dalam tafsirnya at-Tafsir al-Wasith menyebut : "Jumhur mufassirin berpendapat bahawa kedua malaikat itu adalah dalam pengertian sebenarnya malaikat. Keduanya diturunkan oleh Allah untuk mengajarkan sihir kepada manusia sebagai ujian dan cubaan. Hal ini untuk menolak anggapan tukang sihir ketika itu yang mengatakan bahawa para nabi itu dusta, juga mereka mempengaruhi dan mengajak orang-orang ketika itu untuk menyembah selain Allah. Kemudian Allah mengutus dua malaikat yang bernama Harut dan Marut. Hakikatnya keduanya tidak mengajarkan sihir kepada siapa pun kecuali keduanya menasihati dengan mengatakan bahawa apa yang diajarkannya itu adalah bentuk sihir yang tujuannya sebagai ujian, untuk memisahkan mana yang mengikuti kemaksiatan sehingga ia sesat dibuatnya, dan mana yang meninggalkan kemaksiatan sehingga ia berada dalam petunjuk dan cahaya dari Allah. Di samping itu juga untuk menampakkan perbezaan yang nyata antara mukjizat dengan sihir".

Jadi sahabat-sahabat shera sekalian, riwayat-riwayat yang berkaitan dengan kisah Harut dan Marut ini sangat banyak. Riwayat-riwayat tersebut bukan dari Rasulullah SAW, akan tetapi daripada tabien, seperti Mujahid, Hasan Basri, Qatadah dan lainnya. TIDAK ADA RIWAYAT YANG SAHIH LANGSUNG BERSAMBUNG KEPADA RASULULLAH SAW.


Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya yang bersambung kepada Rasulullah SAW, tetapi RIWAYATNYA LEMAH kerana terdapat RAWI bernama MUSA bin JUBAIR sebagai perawi daif/lemah (disebut oleh ulama hadis Imam al-Haitsami dalam Majmauz Zawaid). Menurut para ulama, riwayat-riwayat tentang kisah Harut dan Marut yang banyak disebutkan dalam kitab-kitab tafsir seperti dalam Tafsir at-Tobari adalah cerita2 ISRAILIYYAT yang tertolak....

Mengakhiri pembicaraan Harut dan Marut ini, shera nukilkan buat sahabat-sahabat di sini di antara perkataan Ibnu Kathir dalam tafsirnya ketika mentafsirkan surah al-Baqarah ayat 102.... Ibnu Kathir mengatakan :



وقد روي في قصة هاروت وماروت عن جماعة من التابعين، كمجاهد والسدي والحسن البصري وقتادة وأبي العالية والزهري والربيع بن أنس ومقاتل ابن حيان وغيرهم، وقصها خلق من المفسرين، من المتقدمين والمتأخرين. وحاصلها راجع في تفصيلها إلى أخبار بني إسرائيل، إذ ليس فيها حديث مرفوع صحيح متصل الإسناد إلى الصادق المصدوق المعصوم الذي لا ينطق عن الهوى. وظاهر سياق القرآن إجمال القصة من غير بسط ولا إطناب فيها، فنحن نؤمن بما ورد في القرآن على ما أراده الله تعالى، والله أعلم بحقيقة الحال


"Kisah Harut dan Marut banyak diriwayatkan kisahnya dari sekelompok tabien seperti Mujahid, as-Suddy, al-Hasan al-Basri, Qatadah, Abul 'Aliyyah, az-Zuhry, ar-Rabi' bin Anas, Muqatil, Ibnu Hayyan dan yang lainnya. Demikian juga, kisahnya banyak diceritakan oleh para mufassir, baik yang terdahulu ataupun yang kemudian. Kesimpulannya, semua kisah secara terperincinya merupakan kisah-kisah Bani Israil, kerana tidak ada satu pun hadis Marfu' (akhir sanad yang terangkat terus kepada Nabi) yang sahih yang bersambung sanadnya kepada Rasulullah SAW yang menceritakan akan hal itu. Sedangkan Al-Quran mencaritakan keisahnya secara umum, tanpa penjelasan yang panjang. Oleh itu, kami mengimani apa yang ada dalam Al-Quran menurut kehendak Allah dan hanya Allah yang lebih mengetahui hakikat sebenarnya".

Wallahu a'lam....

Jadi disini shera harap semuanya jelas mengenai kisah Harut dan Marut. Kesimpulannya senang sahaja jangan kita mudah terpedaya cerita2 yang dibawa mungkin mengandungi unsur2 tokok tambah yang boleh mengugat iman kita... Sekiranya ada pertanyaan atau kurang jelas shera meng alu-alukan persoalan tersebut....tinggalkan komen atau terus tanya di fb @ twitter shera....semoga ilmu ini dapat kita berkongsi bersama...

HASIL RUJUKAN : al-Quran surah al-Baqarah ayat 102 dan terjemahan, al Jami li Ahkamil Qur'an juz II halaman 472, ambilan dan edit dari group majlis ilmu,google translate, dll 

 
#shera ucapkan terima kasih xterhingga kepada group MAJLIS ILMU, RAKAN2 DI FB & TWITTER, SEPUPU SHERA, WEB SITE I LUV ISLAM n SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU PUN TIDAK LANGSUNG....jasa anda shera kenang hingga hujung nyawa....semoga bertemu lagi di lain entry....ASSALAMUALAIKUM.....

2 comments:

  1. didalam kisah harut dan marut ini memang banyak fersi yang ana baca ... sampai sampai ana pernah mendengar bahwasanya MALAIKAT HARUT DAN MARUT dihukum oleh allah dengan keaadaan kaki keatas dan kepala dibawah yang digantung dilaut merah .... tanggapan antum tentang ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih kerana sudi berkongsi cerita yang anta dapat....ana juga ada terbaca kisah2 seperti itu...kalau ditanya mengenai tanggapan ana mengenai kisah tersebut...senang sahaja...ana hanya percaya bahawa malaikat tidak pernah melakukan dosa...seperti kisah harut dan marut ini masih belum ditemui kesahihan cerita tersebut...jadi untuk mengelakkan ana tersilap atau tersalah langkah...ana percaya bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui kisah sebenar

      Delete